Thursday, October 18, 2012

dPuncak Homestay

Replika Kesultanan Melayu Melaka


Kesan-kesan sejarah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka banyak terdapat di sekitar bandar Melaka seperti Perigi Raja, Makam Hang Tuah di Tanjung Keling, Makam Hang Jebat dan Hang Kasturi. Perigi Raja misalnya digali atas perintah Sultan Mansur Syah untuk isterinya Puteri Hang Li Po dari negeri China. Perigi ini terletak di kaki Bukit Cina.

Di atas kesedaran tentang pentingnya kesan-kesan sejarah ini dipelihara maka Kerajaan negeri Melaka telah mengambil daya usaha mencadangkan agar Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dengan tujuan utamanya untuk membangun semangat dan kegemilangan zaman Empayar Melaka. 


Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka di atas tanah seluas 0.7 hektar ini mengenengahkan kehalusan seni ukiran corak bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan tempatan yang dapat dilihat pada ukiran di dinding dan tiang istana. Selain sebagai replika Istana Kesultanan Melaka, ia juga berfungsi sebagai Muzium Budaya yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Menurut Sejarah Melayu, Istana Besar ini mempunyai 17 ruang yang panjang tiap-tiap satunya 87.5 meter dan mempunyai 40 pintu. Namun bagi tujuan pembinaan replika ini rekabentuknya diperkecilkan sedikit untuk disesuaikan dengan keluasan tapak kawasannya. Ukuran sebenar istana replika ini adalah 67.2 meter panjang, 18.5 meter tinggi dan 12 meter lebar.

Istana ini mempunyai bumbung bertingkat dengan bumbung yang pertama adalah yang terpanjang sekali berukuran 75 meter panjangnya dan 12.5 meter lebar, pada hujung setiap bumbungnya dibina melentik sedikit ke atas menyamai rekabentuk rumah Minangkabau. Istana ini ditegakkan oleh empat batang tiang seri di samping sokongan tiap-tiap yang lain. Pada bahagian hadapan istana terdapat enam buah balai yang pada masa dahulu mempunyai kepentingan tersendiri.

dPuncak Homestay

About dPuncak Homestay -

Homestay kami terletak di Taman Puncak Bukit Katil lbh kurang 12 minit dari tol Ayer Keroh. Berdekatan dengan banyak tempat menarik sekitar Ayer Keroh, MITC dan Bandar Melaka. Call/whatsapp 0196507363 untuk maklumat lanjut

Subscribe to this Blog via Email :