Friday, October 19, 2012

dPuncak Homestay

Kemudahan memasak

Dapur nasi di homestay kesidang Lia
Pengunjung juga dibenarkan memasak ketika berkunjung ke homestay kami. Walau bagaimanapun kami hanya menyediakan dapur gas dua tungku dan peralatan memasak yang minima sahaja.


Pinggan dan mangkuk di homestay kesidang Lia
Antara peralatan yang disediakan ialah periuk, kuali, cerek, sudip serta pingggan dan cawan serta sudu dan garpu. Walau bagaimanapun jumlahnya adalah terhad. Sekiranya rombongan datang dalam jumlah yang agak ramai, dinasihatkan supaya membawa pinggan dan cawan kertas kerana kami tidak menyediakan pinggan dan cawan yang banyak.
Read More
dPuncak Homestay

Ruang makan


Dapur di Kesidang Lia

Meja makan adalah juga ruang untuk bersantai dan berbual bersama ahli keluarga sambil makan. Semua homestay di bandar Melaka menyediakan ruang makan. Kami juga menyediakan ruang makan yang selesa dan terpisah dengan ruang tamu. Meja makan terdiri dari satu meja 6 kerusi. yang selesa dan kemas.


Dapur di Kesidang Moon

Read More
dPuncak Homestay

Ruang tamu


Homestay kami antara homestay di bandar Melaka yang ada dua ruang tamu yang selesa. Ruang tamu utama disediakan dengan set sofa untuk kegunaan pengunjung berehat selepas penat berjalan di sekitar bandar Melaka. Di ruang tamu utama tidak disediakan TV supaya tetamu yang ingin berehat dan berbual-bual bersama ahli keluarga dapat berbual tanpa sebarang gangguan.


Ruang Tamu Keidang lia


Ruang Keluarga Kesidang Lia
Ruang tamu kedua pula lebih luas dan disediakan dengan tv. Sesuai untuk para tetamu merehatkan badan selepas penat seharian berjalan-jalan sambil menonton tv. Juga sesuai untuk dijadikan ruang untuk tidur jika rombongan datang dalam jumlah yang ramai.


Ruang tamu homestay Kesidang Moon

Read More

Thursday, October 18, 2012

dPuncak Homestay

Bilik penginapan Homestay Kesidang Lia

Homestay Kesidang Lia sesuai dengan motonya iaitu homestay yang selesa dan berpatutan menawarkan penginapan dengan 3 buah bilik yang selesa, dimana setiap bilik di sediakan dengan kemudahan-kemudahan seperti berikut:

1.  Bilik Utama


Homestay di Bandar Melaka


  • Katil bersaiz Queen
  • Almari pakaian
  • Meja solek
  • Pendingin hawa
  • Rak tuala
  • Bilik air bercantum
  • Kipas siling

2.  Bilik 2


Homestay Bandar Melaka
Bilik 2


  • Katil bersaiz Queen
  • Katil bujang
  • Cermin solek
  • Pendingin hawa
  • Kipas siling
  • Rak tuala
  • Rak

3.  Bilik 3



Homestay di Bandar Melaka

  • 2 Katil bujang
  • Cermin solek
  • Kipas dinding
  • Rak tuala
  • Rak
Setiap bilik mempunyai ruang yang luas dan boleh tambah tilam atau toto. Sila beritahu kami sekiranya anda memerluka tilam tambahan atau toto ada juga bantal. Selain bilik, anda juga boleh menggunakan ruang tamu 2 untuk tempat tidur kerana ruang tamu 2 juga luas.

Read More
dPuncak Homestay

Replika Kesultanan Melayu Melaka


Kesan-kesan sejarah pada zaman Kesultanan Melayu Melaka banyak terdapat di sekitar bandar Melaka seperti Perigi Raja, Makam Hang Tuah di Tanjung Keling, Makam Hang Jebat dan Hang Kasturi. Perigi Raja misalnya digali atas perintah Sultan Mansur Syah untuk isterinya Puteri Hang Li Po dari negeri China. Perigi ini terletak di kaki Bukit Cina.

Di atas kesedaran tentang pentingnya kesan-kesan sejarah ini dipelihara maka Kerajaan negeri Melaka telah mengambil daya usaha mencadangkan agar Replika Istana Kesultanan Melayu Melaka dengan tujuan utamanya untuk membangun semangat dan kegemilangan zaman Empayar Melaka. 


Pembinaan replika Istana Kesultanan Melayu Melaka di atas tanah seluas 0.7 hektar ini mengenengahkan kehalusan seni ukiran corak bunga-bungaan dan tumbuh-tumbuhan tempatan yang dapat dilihat pada ukiran di dinding dan tiang istana. Selain sebagai replika Istana Kesultanan Melaka, ia juga berfungsi sebagai Muzium Budaya yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Menurut Sejarah Melayu, Istana Besar ini mempunyai 17 ruang yang panjang tiap-tiap satunya 87.5 meter dan mempunyai 40 pintu. Namun bagi tujuan pembinaan replika ini rekabentuknya diperkecilkan sedikit untuk disesuaikan dengan keluasan tapak kawasannya. Ukuran sebenar istana replika ini adalah 67.2 meter panjang, 18.5 meter tinggi dan 12 meter lebar.

Istana ini mempunyai bumbung bertingkat dengan bumbung yang pertama adalah yang terpanjang sekali berukuran 75 meter panjangnya dan 12.5 meter lebar, pada hujung setiap bumbungnya dibina melentik sedikit ke atas menyamai rekabentuk rumah Minangkabau. Istana ini ditegakkan oleh empat batang tiang seri di samping sokongan tiap-tiap yang lain. Pada bahagian hadapan istana terdapat enam buah balai yang pada masa dahulu mempunyai kepentingan tersendiri.

Read More
dPuncak Homestay

A Famosa

A Famosa, or "Famous" in Portuguese, is one of the remnants of the oldest surviving European architecture in Asia. When part of the stronghold, this small gate (called the Porta de Santiago) is all that history has been missed.


A Famosa Fort is located in Banda Hilir, Malacca Palace Museum, Convent Girls Primary (SRK Convent of the Sacred Heart) neighbors, Guys Convent Secondary School (SMK St Francis Xavier) and within walking distance of the Hotel Equatorial Melaka. The famous "Field Warrior" has been replaced by a shopping center for tourists.

In 1511, the Portuguese fleet arrived under the command of Alfonso de Albequerque attacked and defeated the Sultan of Malacca. To consolidate gains, Albequerque had the fortress built around a natural hill near the sea. Albequerque believed that Melaka would become an important port linking Portugal spice trade from China. In his time, as well as Portuguese set up outposts in places like Macau, China and Goa, India in order to create a series of friendly ports for ships heading to China and back home in Portugal.

At the end of November 2006, part of the structure, believed to be a stronghold Middelsburgh deliberately discovered during construction of the tower 110 meters spinning in Malacca Town. Tower construction delayed indefinitely after the discovery. Malacca Museum Corporation suspect that the structure was built by the Dutch during the Dutch occupation of Malacca 1641-1824. In early June 2003, the tower named Santiago Bastion was discovered during the construction of the Dataran Pahlawan.

Read More